Ahad, 21 Oktober 2012

BLOG SK Kota Masai 2 Dilancarkan


Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa pengurusan Blog Sk Kota Masai 2 diatas kejayaan melancarkan Blog Sekolah SKKM2 baru-baru ini.

Kini boleh dilayari di : http://skkm-2.blogspot.com/

Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2012


Pengisian Markah SAPS online.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua warga SKKM2, di atas kerjasama dan menjayakan perjalanan Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

Kini, perlaksanan pengisian markah SAPS online dibuka bagi memastikan segala maklumat dapat dianalisa sebelum 30 Oktober 2012.Sekali lagi kerjasama semua guru-guru SKKM2 diharapkan agar kelancaran tersebut berjalan seperti yang dirancangkan.

TQ.

# Sekiranya terdapat perubahan data murid (sama ada murid pindah masuk/keluar sekolah) serta
   pembetulan maklumat peribadi murid, segala pengurusan tersebut dilakukan di dalam Sistem
   APDM ( Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Jumaat, 12 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun Sesi 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun sesi 2012 kepada semua anak-anak didik Sk Kota Masai 2, agar memperolehi kejayaan.

Peperiksaan Akhir Tahun sesi 2012 akan berlangsung pada ketetapan berikut :


                         Tarikh        :    15hb Okt 2012  hingga  19hb Okt 2012
                         Murid         :     Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Selasa, 22 Mei 2012

Peperiksaan Setengah Tahun 2012

Unit Peperiksaan SK Kota Masai 2 mengucapkan Selamat menghadapi Peperiksaan Setengah Tahun 2012 kepada semua murid-murid Tahun 3,4 dan 5 serta Tahun 6 yang menghadapi UPPM2.

Semoga Berjaya.

Jumaat, 20 April 2012

Gerak Gempur 2

PERHATIAN: Kepada Semua Warga SKKM2......
Gerak Gempur 2 akan diadakan pada ketetapan berikut:
24-25 April 2012
SELAMAT MENJAWAB DARI UPP SKKM2.....

Jumaat, 13 April 2012

Gerak Gempur Tahun 6

Warga unit peperiksaan mengucapkan Selamat menghadapi Gerak Gempur bagi pelajar Tahun 6 yang telah berlangsung pada 12hb -13hb April 2012.

SELAMAT BERJAYA.

Peperiksaan Setengah Tahun (Mei) 2012

Bagi makluman semua Peperiksaan Setengah Tahun telah ditetapkan pada 7hb - 11hb April 2012,
dimana melibatkan Tahun 3/4/5 dan 6( kertas elektif shj).Taklimat peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.

Persediaan Soalan Bagi Peperiksaan Setengah Tahun (Mei) 2012

Makluman untuk Ketua Panitia TERAS dan ELEKTIF,

Pihak Unit Peperiksaan memohon agar pihak tuan/puan dapat menyerahkan set soalan Peperiksaan Setengah Tahun bagi Tahun 3/4/5 dan 6 seperti yang telah ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 17hb April 2012.

DIharap soalan yang disediakan mengikut spekulasi yang telah ditetapkan dan senarai tajuk mengikut sukatan tahunan pengajaran semasa.

Rabu, 15 Februari 2012

Kemasukan Data Murid Ke Dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid online



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru.


Untuk makluman, pengisian data pelajar bagi SAPS dan SPPBS bukan lagi menggunakan aplikasi SMM tetapi telah ditukar kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian seperti di bawah ini.


Sistem aplikasi ini boleh diakses di url  iaitu http://www.moe.gov.my/ . Kemudian klik pada pautan sistem aplikasi pangkalaan data murid yang terdapat di dalam paparan website KPM. Semua guru perlu memasukkan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang telah disediakan oleh Guru Data.

                                Nama Pengguna : No Kad Pengenalan
                                      Kata Laluan : guru
                               
Borang data pelajar yang telah lengkap akan memudahkan cikgu untuk membuat pengisian pada data atas talian kelak.


Setelah guru kelas Log masuk pengguna, protal akan memaparkan aplikasi yang boleh diakses oleh pengguna Klik pada bahagian Data murid untuk melihat senarai nama murid sedia ada dan mengemaskini maklumat murid yang belum lengkap.

Bagi murid yang tiada data atau baru berpindah, guru kelas perlu mendaftarkan maklumat murid dengan Klik pada ruangan Daftar Murid yang terdapat dipaparan tersebut.

Untuk muatnaik Manual Pengguna boleh dimuatnaik di paparan maklumat yang disediakan.

Isnin, 30 Januari 2012

Draf Takwin Peperiksaan Dalaman 2012 NKRA

Persediaan Soalan Bagi Ujian Bulanan 1 (MAC) 2012

Seperti yang sedia maklum, Ujian Bulanan 1 (MAC) 2012 dijangka dilaksanakan seperti yang ditetapkan.Oleh yang demikian, mohon semua KP teras dan KP Pend.Islam serta Moral untuk menyerahkan senarai Penggubal Soalan dan Pembungkus Soalan bagi ujian tersebut pada minggu ini.

Diharap KP dapat menyerahkan 1 set salinan softcopy (CD/pendrive) dan hardcopy (yg telah disahkan oleh GB/GPK) selewat-lewatnya pada 15hb Feb 2012.

Sekian Terima kasih.