Rabu, 15 Februari 2012

Kemasukan Data Murid Ke Dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid online



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru.


Untuk makluman, pengisian data pelajar bagi SAPS dan SPPBS bukan lagi menggunakan aplikasi SMM tetapi telah ditukar kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid Atas Talian seperti di bawah ini.


Sistem aplikasi ini boleh diakses di url  iaitu http://www.moe.gov.my/ . Kemudian klik pada pautan sistem aplikasi pangkalaan data murid yang terdapat di dalam paparan website KPM. Semua guru perlu memasukkan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang telah disediakan oleh Guru Data.

                                Nama Pengguna : No Kad Pengenalan
                                      Kata Laluan : guru
                               
Borang data pelajar yang telah lengkap akan memudahkan cikgu untuk membuat pengisian pada data atas talian kelak.


Setelah guru kelas Log masuk pengguna, protal akan memaparkan aplikasi yang boleh diakses oleh pengguna Klik pada bahagian Data murid untuk melihat senarai nama murid sedia ada dan mengemaskini maklumat murid yang belum lengkap.

Bagi murid yang tiada data atau baru berpindah, guru kelas perlu mendaftarkan maklumat murid dengan Klik pada ruangan Daftar Murid yang terdapat dipaparan tersebut.

Untuk muatnaik Manual Pengguna boleh dimuatnaik di paparan maklumat yang disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan